Biar rebah...Jangan berubah...Biar terbuang...Terus berjuang

Friday 1 February 2013

Pengenalan Tingkahlaku dan emosi kanak-kanak





Tingkahlaku dan emosi kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan namun saling berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang jujur dan tidak bijak menyembunyikan perasaannya. Sebab itulah kanak-kanak  bersifat telus sehingga ia boleh menjadi saksi kejadian dalam prosiding mahkamah.
         
Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep diri yang positif maka berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik pula , tingkah laku adalah aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.

Menurut Lewis M.Beaker(2001) tingkah laku adalah  sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
         
Menurut Al-Ghazali tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri iaitu setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Ianya didorong oleh keperluan fisiologi atau emosi seperti rasa lapar atau cinta kepada Allah.
         
Emosi pula adalah suatu ekspresi perasaan atau naluri yang kuat seperti gembira, sedih, marah, sayang, cemburu dan lain-lain. Perasaan ini pula selalunya akan diluahkan melalui tingkah laku sama ada tingkah laku positif mahu pun negatif.



1.0.        MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.1.        Model Asertif Center (1976)

Model Asertif Lee Center (1976) menekankan peraturan dalam bilik darjah sebagai satu langkah mengurus tingkah laku murid. Peranan guru adalah memastikan semua murid dapat mengikuti segala peraturan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Dengan cara ini, guru dapat mengajar tanpa sebarang gangguan manakala murid dapat belajar dengan selesa.

Guru yang asertif adalah tidak pasif dan juga tidak agresif. Tetapi guru asertif adalah guru yang konsisten dan tegar dalam mengambil tindakan yang sesuai ke atas tingkah laku murid berpandukan peraturan yang telah digariskan. Model ini lebih kepada menghukum murid jika melangggar peraturan. Sebagai contoh, guru mencatat nama murid yang suka mengganggu guru ketika sedang mengajar dan kemudiannya memangggil penjaga murid datang ke sekolah untuk berjumpa guru. Mungkin cara ini berkesan hanya untuk seketika dan bersifat luaran. Kebanyakkan murid prasekolah keliru jika model pengurusan Center ini dijalankan di sekolah. Ini kerana mereka tidak jelas mengenai kesalahan sebenar yang mereka lakukan. Tambahan pula, disiplin yang ditekankan hanyalah berkesan jika ia berada di sekolah kerana takut dihukum. Mereka tiada kesedaran dalaman dan tidak membantu murid bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

1.2.        Model Terapi Glasser

Model ini adalah suatu pendekatan motivasi dalaman yang membimbing kanak-kanak ke jalan yang dipilih. Pembimbing akan memberi pilihan uuntuk murid memilih dan memberitahu risiko dan akibat pilihan tersebut.





William Glasser percaya bahawa sekiranya keperluan kanak-kanak dipenuhi, kanak-kanak tidak akan melanggar peraturan. Ini bermakna jika sekolah dan keluarga memenuhi keperluan kanak-kanak, mereka akan berasa dihargai dan selamat. Keperluan yang dimaksudkan oleh Glasser adalah kuasa, kebebasan dan berjenaka atau keseronokan.

Sekolah harus melibatkan murid dalam memilih sesuatu perkara. Contohnya guru harus bertanyakan mengenai bahan bantu mengajar yang akan digunakan pada esok hari. Murid akan berbincang secara bimbingan guru sama ada menggunakan aktiviti permainan, LCD, kad imbasan dan sebagainya. Mereka akan mempunyai perasaan memiliki( sense of belonging) dan seterusnya seronok dalam pembelajaran. Begitu juga dengan peraturan dalam kelas, kanak-kanak harus dilibatkan dengan penggubalan peraturan kelas serta membuat perjanjian kelas akan menuruti segala peraturan yang dibuat. Peraturan yang dibuat bersama akan membuatkan murid berasa bertanggungjawab kerana mereka telah menggubal sendiri peraturan tersebut. Tanamkan semangat cintakan kelas melalui pelbagai aktiviti seperti menghias kelas. Cara ini dapat mewujudkan rasa memiliki dan murid akan sayang kepada kelas. Kesan posotif daripada itu, guru akan kurang mengenakan hukuman manakala murid akan seronok ke sekolah setiap hari.


1.3.        Model Ginott

Ginott percaya bahawa pengelolaan iklim mempengaruhi tingkah laku. Beliau memperkenalkan 6 konsep dalam model ini iaitu berkomunikasi dengan murid, menggalakkan disiplin kendiri, tidak melabel murid, tidak menilai murid terlalu awal, menyebut nama murid dan menggalakkan penglibatan murid.
         
Menurut Ginott, guru perlu menggunakan bahasa atau arahan yang jelas serta bersopan. Komunikasi adalah kunci kepada hubungan guru dan murid. Murid akan berasa selesa dan dihargai meskipun mereka telah membuat salah. Murid akan berusaha untuk belajar daripada kesilapan jika guru memahami situasi murid. Ginott juga berpendapat, guru harus mengelakkan hukuman terhadap murid sebaliknya bercakap dengan murid yang bersalah. Guru juga dinasihatkan agar tidak menggunakan kata-kata kesat apabila murid melakukan kesalahan kerana ini akan menimbulkan dendam terhadap guru. Murid harus dibimbing daripada dikritik atau dipersalahkan. Ini kerana mereka masih keliru dengan perkaran yang dilakukan sama ada ianya betul atau salah. Murid juga akan berasa gembira dan dihargai apabila guru memangggil namanya dan bukannya dengan panggilan “kamu”,”awak” atau “kau”. Elakkan melabel murid contohnya “Tina, mana buku latihan awak?Awak ni pemalas la!”. Kata-kata ini akan menyebabkan murid merendah diri dan menganggap kata-kata guru itu benar. Kesannya, esok dan seterusnya murid itu tidak melakukan kerja rumah dan enggan ke sekolah kerana percaya bahawa dirinya malas. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses berterusan yang perlu dilalui sepanjang hayat.

1.4.        Model Bandura

Bandura percaya bahawa manusia belajar daripada pemerhatikan dan peniruan perlakuan orang lain. Pemerhatian model penting dalam pembelajaran. Peneguhan dalam pemodelan dapat mendorong pembelajaran.




 Dalam uji kaji anak patung Bobo, jelas menggambarkan bahawa kanak-kanak adalah insan yang suka meniru. Jika kanak-kanak sering melihat tingkah laku agresif, kemungkinan besar kanak-kanak itu juga agresif. Begitu juga sebaliknya. Dalam uji kaji tersebut kanak-kanak yang melihat seorang dewasa memukul anak patung tersebut akan memukul 2 kali ganda kuat dan kasar daripada model tersebut. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak mempunyai model hanya berdiam diri sahaja tanpa mengapa-apakan patung tersebut. jelaslah bahawa guru dan orang dewasa harus menjadi contoh yang baik dalam mengacu tingkah laku positif kanak-kanak. Jika ibu bapa seorang yang santun dan berbudi bahasa, maka anak mereka juga akan meniru kesantunan ibu bapanya.

Saya juga membuat pemerhatian ke atas jiran dan sepupu saya untuk membuktikan bahawa teori Bandura ini adalah benar. Seorang ibu yang sangat garang, suka menjerit, mencari kesalahan anak sendiri dan menghamburkan kata-kata tidak enak kepada anak-anaknya jika melakukan kesalahan. Kesannya kesemua anaknya suka menjerit dan menangis. Sebaliknya seorang ibu yang mempunyai lima orang anak sungguh sabar dengan kelakuan anaknya. Sepupu saya bercakap dengan nada yang rendah serta berbudi bahasa dengan anak-anaknya. Jika anaknya melakukan kesalahan, si ibu akan bercakap dengan nada yang tegas tetapi dengan bahasa yang santun. Alhamdulillah anak-anaknya juga santun dan beradab serta menutup aurat meskipun masih kecil.

Monday 31 December 2012

Jom Pilih untuk Bahagia



Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana

membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya

jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu

 dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala

ketenangan jiwa.

Syiling Malaysia



Assalamualaikum...

Hari ni tiba2 rasa rajin pulak nak mengira duit syiling dalam tabung... mungkin perkara yang menjadi kebiasaan bertukar menjadi hobi....memang duit syiling sengaja dikumpulkan dalam satu bekas supaya bag duit x berat. Sedar2 dah penuh... terpegun sekejap melihat tahun-tahun keluaran duit syiling tu. Duit syiling tertua yang ada adalah duit 50 sen tahun 1968...

Saya pun cuba cari maklumat2 dari internet...rupa2 nya da ramai orang mengumpul duit syiling lama ni...zaman2 pemerintahan British pun ada lagi orang simpan...






Duit syiling macam gampar kat atas ni...masa kecik2 dulu bawak main je...tak sangka sekarang nilainya terlalu tinggi.



Thursday 27 December 2012

Jauhilah Zina Mata






Mata yang merupakan anugerah Allah Azza Wa Jalla, boleh mendatangkan kemuliaan, tetapi juga boleh mendatangkan laknat yang membinasakan. Mata yang selalu melihat fenomena kehidupan alam dan seisinya, dan kemudian menimbulkan rasa syukur kepada sang Pencipta, selanjutnya akan mendatangkan kemuliaan dan kebahagiaan di sisi-Nya. Sebaliknya, mata yang merupakan anugerah yang paling berharga itu, boleh mendatangkan laknat yang membinasakan bagi manusia, apabila ia menggunakan matanya untuk berbuat khianat terhadap Rabbnya.

Di dalam Islam ada jenis maksiat yang disebut dengan 'zina mata' (lahadhat). Lahadhat itu, pandangan kepada hal-hal, yang menuju kemaksiatan. Lahadhat bukan hanya sekadar memandang, tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya. Pandangan mata adalah sumber itijah (orientasi) kemuliaan, juga sekaligus duta nafsu syahwat. Seseorang yang menjaga pandangan bererti ia menjaga kemaluan. Sesiapa yang mengumbar pandangannya, maka manusia itu akan masuk kepada hal-hal yang membinasakannya.

Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, pernah menasihati Ali:

"Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan ".

Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda:

"Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik kerana Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman hingga hari kiamat ".



Sarah hadis itu, tak lain, seperti di jelaskan oleh Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam:

"Tundukkan pandangan kamu dan jagalah kemaluan kamu". Juga Sabda Baginda: "Jauhilah oleh kamu duduk di pinggir jalan". Para sahabat berkata: "Pinggir jalan itu adalah tempat duduk kami, kami tidak boleh meninggalkan". Beliau bersabda: "Jika kalian harus duduk di jalan, maka berikanlah haknya". Mereka berkata: "Menundukkan pandangan, dan menahan diri untuk tak menganggu, baik dengan perkataan atau perbuatan, dan menjawab salam".

Melihat adalah sumber dari segala bencana yang menimpa diri manusia. Melihat melahirkan lamunan atau khayalan, dan khayalan melahirkan pemikiran, fikiran melahirkan syahwat, dan syahwat melahirkan kemahuan, kemahuan itu lantas menguat, kemudian menjadi tekad kuat dan terjadi apa yang selagi tidak ada yang menghalanginya. Dalam hal ini ada hikmah yang mengatakan:

"Menahan pandangan lebih ringan dari pada bersabar atas kesakitan (siksa) setelah itu".

Seorang penyair Arab bertutur,

"Semua bencana itu berpunca dari pandangan,
Seperti api besar itu berpunca dari percikan bunga api,
Betapa banyak pandangan yang menancap dalam hati seseorang,
Seperti panah yang terlepas dari busurnya,
Berasal dari sumber matalah semua marabahaya,
Mudah beban melakukannya, dilihat pun tak berbahaya,
Tapi, jangan ucapkan selamat datang kepada kesenangan sesaat yang kembali dengan membawa bencana ".

Bahaya memandang yang haram adalah timbulnya penderitaan dalam diri seseorang. Kerana tak mampu menahan gejolak jiwanya yang diterpa nafsu. Akibat selanjutnya adalah seorang hamba akan melihat sesuatu yang tidak akan tahan dilihatnya. Ini adalah sesuatu yang menyiksa, yang paling pedih, jangankan melihat semuanya, melihat sebahagian saja tak akan mampu menahan gejolak jiwanya.

Seorang penyair berkata,

"Bila saja engkau melemparkan pandanganmu dari hatimu,
Suatu hari engkau akan merasakan penderitaan, kerana melihat akibat-akibatnya,
Kamu akan melihat siksa yang kamu tidak mampu melihat keseluruhannya,
Dan kamu tiak akan bersabar melihat sebahagiannya saja ".


Penyair lain berkata,

"Wahai manusia yang melihat yang haram, tidakkah pandangannya dilepaskan,
Sehingga ia jatuh mati menjadi korban ".

Pandangan seseorang adalah panah yang berbisa. Namun, yang sangat menghairankan, belum sampai panah itu mengenai apa yang ia lihat, panah itu telah mengenai hati orang yang melihat.

Seorang penyair berkata,

"Wahai orang yang melemparkan panah pandangan dengan serius, kamu sudah terbunuh, kerana yang kau panah, padahal panahmu tidak mengenai sasarannya".

Tentu, yang lebih menghairankan lagi, bahawa dengan sekali pandangan, hati akan terluka dan akan menimbulkan luka demi luka lagi dalam hati. Sakit itu tidak akan hilang selamanya, dan ada keinginan mengulang kembali pandangannya. Ini mesej yang disampaikan dalam bait-bait syair ini,

"Terus menerus kamu melihat dan melihat, 
Setiap yang cantik-cantik, 
Kamu mengira bahawa itu adalah ubat bagi lukamu, 
Padahal sebenarnya itu melukai luka yang sudah ada ".



Sebuah hikmah yang mengatakan, "Sesungguhnya menahan pandangan-pandangan kepada yang haram lebih ringan daripada menahan penderitaan yang akan ditimbulkan terus menerus".

Jagalah matamu, dan jangan engkau kotori setitik debu dosa, yang akan mengantarkan dirimu kepada kebinasaan, kerana pengkhianatan kepada Allah Azza Wa Jalla. Matamu adalah anugerah agar mengenal-Nya, dan kemudian beribadah kepada-Nya, menggapai redha-Nya. Jangan dengan matamu itu, engkau campakkan dirimu ke dalam nafsu derhaka, yang membinasakan.

Betapa banyak manusia yang mulia, berakhir dengan nestapa dan hina, kerana tidak dapat mengedalikan matanya. Matanya tidak dapat lagi menyebabkan seseorang menjadi bersyukur atas anugerah nikmat, yang tak terbatas, yang tak terhingga, bagaikan sinar matahari, yang selalu menerangi alam kehidupannya.

Tetapi, kerana matanya yang sudah penuh dengan hamparan nafsu itu, hidup menjadi penuh dengan gulita, yang mengarahkan seluruh kehidupannya hanya diisi dengan segala pengkhianatan terhadap terhadap Rabbnya. Wallahu'alam

( sumber www.eramuslim.com )

Tuesday 11 December 2012

wasiat utk wanita


Cuba ingat kembali Wasiat Rosulullah SAW kepada Fatimah putri Beliau, yang dipersunting Ali Bin Abi Thalib yang sangat miskin, yang ketika itu juga sedang mengeluh kepada Ayahnya Rosulullah SAW karena tangannya yang dulunya halus kini berubah menjadi kasar dan lecet-lecet karena setiap hari harus menumbuk gandum sendiri, mengolah dan memasaknya. Ada 10 WASIAT Beliau kepada Putrinya :


1.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, kelak Allah akan tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadonnya, dan juga Allah akan  melebur kejelekan serta meningkatkan derajatnya.

2.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah.

 3.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah akan tetapkan pahala baginya seperti  pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang membantu kebutuhan tetangga-tetangganya, maka Allah akan membantunya untuk dapat meminum Telaga Kautsar pada hari kiamat nanti.

 5.Wahai Fatimah ! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridha kepadamu,maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah,  Kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Wahai Fatimah ! Disaat seorang wanita hamil, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah tetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan, serta melebur seribu kejelakan. Ketika seorang wanita merasa sakit akan melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para Pejuang Allah. Disaat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Disaat seorang wanita meninggal karena melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun, didalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bagian dari taman surga. Allah memberikan padanya pahala yang sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7.Wahai Fatimah! Disaat seorang istri melayani suaminya selama sehari semalam, dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya dihari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allahpun akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah.

 8.Wahai Fatimah! Disaat seorang istri tersenyum dihadapan suaminya, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

 9.Wahai Fatimah! Disaat seorang istri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

 10.Wahai Fatimah! Disaat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggotnya dan memotong kumisnya serta kuku-kukunya, maka Allah akan memberi minuman yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai surga. Allah pun akan mempermudah sakaratul maut baginya, serta menjadikan kuburnya bagian dari taman surga. Allah pun menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal mustaqim dengan selamat.
Istrinya pun menangis karena merasa malu. Sejak itu, dia tak pernah lagi mengeluh.

Subhaanallah, wasiat ini merupakan mutiara termahal nilainya, khususnya bagi setiap istri yang mendambakan kesalehan.
Betapa Agung dan Mulianya Posisi Wanita dalam rumah tangga ketia ia rela dan ikhlas menjalani Fitrahnya sebagai seorang Istri.

Islah diri

"sesiapa yang memperbaiki dalamannya(hatinya),nescaya Allah swt akan memperbaiki luarannya(perbuatan zahirnya).Sesiapa yang bekerja untk agamanya,nescaya Allah swt akan mnyempurnakan urusan dunianya.Sesiapa yang memperelokkan hubungannya dgn Allah swt,nescaya Allah swt akan memperelokkan hubungannya dengan manusia yang lain."

Thursday 6 December 2012

Selamatkan identiti kita!



Prof. Dr. Kang Kyoung Seok
Petaling Jaya, 30 Jan : rsatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap saranan dan gesaan seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengenai pengamalan tulisan jawi kepada masyarakat.


Semalam, seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.


Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.


Menurutnya, tulisan jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.


“Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?,” katanya yang fasih berbahasa Melayu semalam.