Biar rebah...Jangan berubah...Biar terbuang...Terus berjuang

Thursday 6 December 2012

Selamatkan identiti kita!



Prof. Dr. Kang Kyoung Seok
Petaling Jaya, 30 Jan : rsatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap saranan dan gesaan seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengenai pengamalan tulisan jawi kepada masyarakat.


Semalam, seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.


Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.


Menurutnya, tulisan jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.


“Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?,” katanya yang fasih berbahasa Melayu semalam.

No comments:

Post a Comment